Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label suami. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Brutalnya Wanita sepak suami

myMetro 29 Julai 2013

Gombak: Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.

“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.

“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

9 Perkara Suami Perlu Peka

Salam semua,




Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta. Tetapi mungkin masih ramai para suami yang berada diluar sana yang masih lagi tidak berjaya untuk memahami situasi dan keadaan isteri ketika mengandung. Sebagai suami yang soleh dan mithali adalah wajar bagi anda untuk melakukan 9 perkara dibawah ini ketika isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda agar mereka sentiasa ceria dan sihat sepanjang tempoh kandungan yang mencecah 9 bulan itu.

1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.

3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.

5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga  secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.

7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

8. Membawa isteri pergi kemana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.

9. Menabung dari awal- Hm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga!

~sumber~




Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Selepas tikan suami dia bunuh ketiga anaknya

22 Okt 2013
| google
Pergaduhan sepasang suami isteri   yang nama keluarganya Lei dengan suaminya yang juga bermarga Lei di Jiahe,   Hunan, China Tengah berakhir maut. Lei, wanita itu, menusuk suaminya dengan sebilah pisau. "Suaminya terluka di bahagian kepala,"kata hasil penyiasatan sementara  polis  setempat sebagaimana laporan Xinhua pada Selasa (22/10/2013).

Kata polis , kejadian itu berlangsung dini hari sekitar pukul 00:18 waktu setempat. Polis  yang memecahkan pintu rumah keluarga itu menemui  tiga kanak-kanak anak kandung pasangan tersebut sudah terbujur kaku tak bernyawa di tempat tidur dan ruang tamu.

Polis  mencatat kanak-kanak itu berumur 9, 2, dan 1 tahun. Sementara, polis  juga menemukan bukti yang tangan kiri wanita itu terluka. "Wanita itu juga berusaha untuk bunuh diri,"kata pernyataan  polis .

Yang lebih mengejutkan, menurut versi polis , Lei juga mengaku yang dialah yang membunuh ketiga kanak-kanak itu. "Kami terus melakukan penyiasatan atas kes ini," demikian pernyataan polis .KOMPAS.com
Read More..

Selasa, 26 November 2013

Suami Tewas Setelah Bilang Saya Akan Mencintaimu Sampai Mati

-  Tragis! Seorang suami tewas setelah mengajak istrinya untuk makan malam guna merayakan ulang tahun ke-2 pernikahan mereka. Saat makan malam romantis di sebuah restoran itu, sang suami memberikan istrinya sebuah kartu dengan ucapan: "Saya akan mencintaimu sampai mati."

Namun keesokan harinya, seperti diberitakan harian Malaysia, Harian Metrodan dilansir The Star, Kamis (22/3/2012), pria Malaysia bernama Ariffin Hamzah tersebut meninggal dunia dalam kecelakaan mobil.

Mobil yang dikendarai korban tergelincir dan jatuh ke dalam jurang sedalam 6 meter. Insiden maut itu terjadi pada Selasa, 20 Maret sekitar pukul 07.30 waktu setempat lalu.

Saat itu, pria berumur 31 tahun tersebut tengah dalam perjalanan dari rumahnya di Senawang, Negri Sembilan menuju tempat kerjanya di Alor Gajah, Malaka, Malaysia.

Dengan kepergiannya ini, korban meninggalkan istrinya, Haliza Hashim (28) dan bayi laki-laki mereka, Izqarin Wafi yang baru berumur 9 bulan seperti yang dikutip dari Detiknews.

Ipar korban, Nornomi Mad Som mengingat terakhir kali dia bertemu Ariffin adalah saat acara keluarga pada Minggu, 18 Maret lalu di rumah ibunya.

"Ketika itu dia bergurau pada saya untuk mengurus baik-baik ibu saya," kata wanita itu. Dia sama sekali tak menyangka kalau itu adalah pertemuan terakhirnya dengan almarhum.

sumber : Detik.com

Baca Juga :

  • Wah! Bersihin Jalan, Pembersih Jalan Temukan Jam Tangan Seharga Rp. 290 Juta
  • Seisi Desa Menang Lotre, hanya Satu Orang yang Tidak
  • Ini Dia Pria Terpendek di Dunia Terbaru
Read More..