Tampilkan postingan dengan label perlu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label perlu. Tampilkan semua postingan
Rabu, 25 Desember 2013
9 Perkara Suami Perlu Peka
Salam semua,

Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami perasaan dan diri mereka semasa mereka sedang sarat mengandung. Ini adalah kerana pada waktu tersebut, keadaan emosi mereka tidak begitu stabil dan memerlukan bantuan dan sokongan padu daripada orang lain terutamanya daripada suami tercinta. Tetapi mungkin masih ramai para suami yang berada diluar sana yang masih lagi tidak berjaya untuk memahami situasi dan keadaan isteri ketika mengandung. Sebagai suami yang soleh dan mithali adalah wajar bagi anda untuk melakukan 9 perkara dibawah ini ketika isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda agar mereka sentiasa ceria dan sihat sepanjang tempoh kandungan yang mencecah 9 bulan itu.
1. Luangkan masa bersama isteri- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.
2. Membantu menjaga pemakanan isteri- Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.
3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.
5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
6. Membantu menyiapkan hidangan- Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.
7. Membantu menjaga anak-anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
8. Membawa isteri pergi kemana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.
9. Menabung dari awal- Hm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga!
~sumber~
Senin, 16 Desember 2013
7 Mitos Seks Paling Konyol Yang Perlu Anda Tahu
![[imagetag]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqI4nn8UMZn2iL31Q4f20rNFErJ_yf5qjowD-ZuWbq3a-puwnDOx7iupksAtLFQDcMrVEs6oAGnpaIBA9iPwtognWKPkZOSEhAwTNrkewfYXuiNkLbENhjezPH2LB1eRfMSazJq8UlOJQ/s320/mitos+seks.jpg)
SEMENJAK muda, ada banyak hal yang kerap dibicarakan orang perihal seks. Ada yang kita dengar dari teman atau kita lihat dari media. Seks adalah topik yang tidak pernah ada akhirnya untuk dibicarakan.
Namun, informasi palsu tentang seks juga ada di mana-mana sekarang. Jika Anda memiliki keraguan dan mempertanyakan mana yang benar, berikut beberapa mitos beserta fakta tentang seks yang kerap kita dengar.
1. Ukuran, lebih besar lebih baik
Apakah Anda merasa intensitas kepuasan Anda bergantung pada ukuran organnya? Salah. Hanya sekitar 4 sentimeter atau seperempat saluran vagina mengandung syaraf sensorik untuk rasa gairah dan orgasme. Jadi, mengapa buang waktu mencoba untuk merangsang dua pertiga internal saluran vagina? Fokuskan perhatian Anda pada hal-hal yang lebih penting.
2. Afrodisiak alami bisa menambah libido
Makanan afrodisiak seperti tiram dan stroberi bisa menambah gairah Anda? Nyatanya itu hanyalah efek plasebo. Misalkan saja, jika Anda percaya tiram dan cokelat bisa merangsang secara seksual, Anda akan sangat mungkin menjadi terangsang setelah mengonsumsinya mereka. Afrodisiak tidak memiliki pengaruh yang dapat dibuktikan terhadap libido.
3. Pria lebih sering berpikir seks daripada perempuan
Perempuan juga memikirkan seks seperti pria. Ketika Anda berusia 18 tahun dengan hormon yang bergejolak, ada kemungkinan Anda mungkin akan tidur, makan, dan bermimpi tentang seks. Setelah usia tertentu, dorongan seksual laki-laki dan perempuan memang akan menurun. Ini juga tidak berarti bahwa hanya pria yang lebih berani untuk seks, perempuan juga.
4. Perempuan tidak suka pornografi
Tidak semua perempuan itu melankolis ingin kelopak mawar di tempat tidur mereka. Dan tidak semua perempuan ingin bercinta dengan kelembutan. Dan yang lebih seru, perempuan nyatanya menikmati pornografi dan memiliki fantasi seks juga.
5. Anda tidak akan hamil jika berhubungan seks saat menstruasi
Salah! Nyatanya sperma dapat tetap hidup dalam diri Anda selama beberapa hari, terutama jika Anda memiliki siklus pendek.
6. Perempuan harus mengalami orgasme, jika tidak, ia tidak normal
Ini benar-benar mitos. Beberapa perempuan sebenarnya mengalami orgasme dan tidak tahu tentang hal itu. Pada beberapa perempuan, otot panggul memang tidak berkontraksi banyak. Jadi, jika merasa belum maraih orgasme, jangan panik. Anda masih sangat normal.
7. Setiap wanita memiliki G-spot
Ya, memang benar setiap perempuan memiliki G-spot, tapi tidak setiap G spot adalah zona sensitif seksual. Jadi jika Anda tengah berusaha mencari G spot, jangan membuang-buang waktu. Fokus saja pada zona erotis lainnya.
Sumber
#bcfda5
Langganan:
Postingan (Atom)