Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Pegawai polis wanita bunuh diri kerana silap hantar SMS curang
6 Dis 2013
London- myMetro: Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan. Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan “terima kasih” atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.
Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.
SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: “Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin.” Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.
Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.
Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. “Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama. “Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya,” katanya.
Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu, Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya. Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.
Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada. “Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam,” katanya.
Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit. - Agensi
Ibu bunuh anak lelaki kerana malu zakarnya mengecil
|
"Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja," begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur semalam.
Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah semalam, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.
Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta.
Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.
Seorang jurucakap polis dipetik oleh portal berita kompas.com sebagai berkata bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melalui proses berkhatan di kampung halaman di Grobogan, Jawa Tengah Disember lalu.
Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.
Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.

Rabu, 18 Desember 2013
Selepas tikan suami dia bunuh ketiga anaknya
22 Okt 2013
| google
Pergaduhan sepasang suami isteri yang nama keluarganya Lei dengan suaminya yang juga bermarga Lei di Jiahe, Hunan, China Tengah berakhir maut. Lei, wanita itu, menusuk suaminya dengan sebilah pisau. "Suaminya terluka di bahagian kepala,"kata hasil penyiasatan sementara polis setempat sebagaimana laporan Xinhua pada Selasa (22/10/2013).
Kata polis , kejadian itu berlangsung dini hari sekitar pukul 00:18 waktu setempat. Polis yang memecahkan pintu rumah keluarga itu menemui tiga kanak-kanak anak kandung pasangan tersebut sudah terbujur kaku tak bernyawa di tempat tidur dan ruang tamu.
Polis mencatat kanak-kanak itu berumur 9, 2, dan 1 tahun. Sementara, polis juga menemukan bukti yang tangan kiri wanita itu terluka. "Wanita itu juga berusaha untuk bunuh diri,"kata pernyataan polis .
Yang lebih mengejutkan, menurut versi polis , Lei juga mengaku yang dialah yang membunuh ketiga kanak-kanak itu. "Kami terus melakukan penyiasatan atas kes ini," demikian pernyataan polis .KOMPAS.com

Langganan:
Postingan (Atom)