Rabu, 01 Januari 2014

United pacu rentak positif

SWANSEA (United Kingdom): Pengurus Manchester United David Moyes memuji Robin van Persie dan Wayne Rooney selepas perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris di bawah bimbingannya menyaksikan juara bertahan itu mencatatkan kemenangan 4-1 di Swansea.

Van Persie dan Danny Welbeck masing-masing menjaringkan dua gol di Stadium Liberty sementara Rooney yang terus dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea, masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. 
Wilfried Bony menjaringkan gol sagu hati untuk Swansea pada minit ke-82 pada perlawanan yang menyaksikan van Persie mengesahkan status selaku penyerang utama kelab itu. 

“Perkara paling menarik bagi saya ialah Van Persie melakukan tugas dengan cemerlang.

VAN Persie (kanan) jaring dua gol.

“Dia sentiasa bekerja keras untuk menjadi lebih baik. Dua golnya sangat menarik,” katanya.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar