Rabu, 01 Januari 2014
Johan Asari Dapat “Green Light” Dari Amy Search
Johan Asari Dapat “Green-Light” Dari Amy Search
Pastinya ramai sudah tahu mengenai hubungan rapat Johan Asari dan Nabila Huda yang dilihat lebih dari sekadar kawan. Ada yang melaporkan bahawa mereka sedang bercinta. Apa yang kami tahu, mereka masih menafikan perhubungan cinta mereka. #klise
Tapi berita ini mungkin boleh menambah sedikit perencah dalam “kisah cinta” Johan Asari dan Nabila Huda apabila ayah Nabila sendiri, Amy Search telah berikan “green-light” kepada Johan untuk menjadi menantunya jika sudah jodoh anaknya. Menurut Amy,
“Saya bukannya seorang ayah yang konservatif dan saya tidak akan menghalang anak saya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.“Begitu juga dengan Johan, sekiranya Nabila ingin menjadikannya sebagai bakal suami pada masa akan datang, saya terima. Yang penting Nabila bahagia dengan kehidupannya itu,”
Apabila ditanya media mengenai status anaknya dan Johan Asari. Amy Search beranggapan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat. Menurutnya lagi, semasa mereka bercuti bersama-sama dengan Johan di Jepun pada Mac lalu, kedua-dua pasangan tersebut tidak menunjukkan seperti pasangan bercinta.
“Saya tahu bagaimana cara Nabila melayani seorang kekasih. Tetapi berdasarkan apa yang saya lihat mereka tidak lebih daripada kawan biasa.“Pendapat saya tentang Johan, dia seorang yang baik dan senang diajak berborak,”
Ayah pihak perempuan dah bagi “green-light”, apa lagi ditunggu, cepat-cepatlah masuk meminang. betul tak? [sumber]
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar