Senin, 23 Desember 2013
Kejamnya ! Ibu bakar kelamin dan dada anak
22 Okt 2013
Seorang ibu di Amerika Syarikat dipenjara 30 tahun kerana membakar kelamin dan dada anak lelakinya dengan pemetik api sebab tidak lagi menerima dana pemerintah disebabkan anaknya malas sekolah. Pemuda usia 19 tahun ini membacakan kesaksiannya di Mahkamah New Hampshire.Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Isnin 21 Okt, wanita itu,Christine Gelineau hanya menangis ketika anaknya membacakan surat berisi hal-hal telah dialaminya. Selain dibakar alat kelamin dan dadanya, pemuda itu juga mendapat kekerasan fizikal lain dari ibunya. "Kini saya tahu kau hanya seorang penjahat menginginkan kematianku," kata pemuda itu.
Gelineau mengaku bersalah atas serangan tingkat pertama (first-degree). Pembantu pendakwa george Waldron mengatakan pemuda tidak dilansir namanya itu mengalami kerosakan saraf kekal pada kelaminnya.
Mulanya wanita itu berhelah yang anaknya hendak memperkosa dia, namun hal itu terbukti bohong. Bukti lain mengatakan sebelum membakar alat kelamin anaknya, pemuda itu dipaksa makan kotoran manusia dan dia mengancam hendak membakar kelamin anaknya jika tidak mau.
Selain Gelineau, ada dua lagi tertuduh lain yang bersubahat yakni Daniel Cantrell dan Amy Neson iaitu sepupu pemuda itu. Ketiganya menyeksa dia dengan pelbagai benda tajam seperti hujung pena, bahkan mematahkan pergelangan kakinya
dailymail
Jailed: Christine Gelineau, 53, who pleaded guilty to first-degree
assault and witness tampering for a gruesome attack on her son
dailymail
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar