Rabu, 01 Januari 2014
Gambar Anak Sofea Jane Bersosial Sakan!
Gambar beliau mula dimuat naik oleh blog hiburan, Myartis.com. Dipercayai gambar-gambar berkenaan diperolehi dari akaun instgram gadis tersebut.

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.
Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.
Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.






Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga google kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.
Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.
Bagaimana pula dengan anda?

Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.
Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.
Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.



Jadi disimpulkan di sini, gadis di bawah ini adalah anak kepada Sofea Jane. Sejauh mana kebenarannya kami kurang pasti, jadi kami cuba juga google kan nama si Arissa, anak sulung beliau, untuk membuat perbandingan.
Memang ada imbasan wajah gadis berkenaan dengan anak Sofea Jane, tapi entahlah, mungkin juga pelanduk dua serupa, kalau blog berkenaan dapat sertakan mykad gadis tersebut lagi afdal kot.
Bagaimana pula dengan anda?
Peneroka warga emas maut Kancil bertembung Wira
KUANTAN - Seorang peneroka warga emas maut selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira di Km115.2 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Rompin, malam tadi.
Pemangku Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian pada 12.05 tengah malam itu, mangsa Elias Ali, 68, bersama tiga penumpang lain dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Keratong 1.
"Siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh menuruni bukit dan kawasan gelap kerana tiada lampu jalan.
"Mangsa yang dipercayai memandu laju cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal sebelum bertembung dengan Proton Wira dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya tiga penumpang dan pemandu kereta Proton Wira itu hanya cedera ringan. - Bernama
Brutalnya Wanita sepak suami
myMetro 29 Julai 2013
Gombak: Seorang isteri bukan saja sanggup memaki hamun suami dan ibu mentua, tetapi juga bertindak kejam dengan meminta bantuan ahli keluarganya membelasah kedua-duanya di rumah mereka di Batu Caves.
Tindakan terlampau wanita berusia 30-an itu berpunca apabila suami berusia 34 tahun itu menegur sikapnya yang gemar memburukkan-burukkan ibu lelaki itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.
Akibat dibelasah keluarga isteri, lelaki itu dan ibunya cedera pada muka, belakang badan dan tangan sebelum membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Si suami turut diugut bapa mentua yang mahu mematahkan kakinya.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi Jumaat itu, wanita itu bertengkar dengan suaminya apabila dia dimarahi kerana menghina ibu lelaki terbabit.
“Wanita terbabit yang tidak berpuas hati dimarahi suaminya naik angin lalu menyerang lelaki terbabit dengan menendang dan menumbuk mukanya.
“Tidak cukup dengan itu, dia turut menghubungi ahli keluarga untuk mengadu masalah dan meminta mereka datang ke rumah membantunya,” katanya.
Sebaik tiba di rumah berkenaan, kata sumber itu, ahli keluarga wanita terbabit yang dalam keadaan marah menyerang lelaki itu, malah abang iparnya yang hilang kawalan diri memukul mangsa hingga terjatuh.
Menurutnya, mujur bapa saudara si isteri meleraikan pergaduhan terbabit sebelum meminta mangsa menjelaskan perkara sebenar.
“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dengan isterinya. Malah, dia juga menghubungi ibunya supaya datang ke rumah bagi membantu menyelesaikan masalah terbabit,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik ibu lelaki itu sampai, dia dimaki hamun dan diserang menantunya itu.
“Pertengkaran berlaku beberapa minit sebelum kedua-dua beranak itu keluar rumah untuk membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.
Pelik la sikit Pertandingan bayi menangis kerana takut Sumo
22 Ogos 2013
courtesy of huffingtonpost
Tidak cuma tren masyarakatnya yang aneh, negeri sakura juga memiliki tradisi dan adat istiadat yang tidak biasa. Mulai dari festival alat kelamin lelaki sampai tradisi menonton bunga sakura yang indah.
Naki Sumo, salah satu bahagian dari budaya yang masih dilestarikan sampai saat ini adalah sebuah festival tangisan bayi. Uniknya, para bayi yang ikut bertanding di pertandingan ini seakan dipaksa menangis dan juga ketakutan oleh para pesumo. Sumo yang merupakanahli gusti tradisional Jepun memang terkenal kerana badan mereka yang besar dan gemuk.
(c)huffingtonpost
Di festival Naki Sumo, dua orang pegulat Jepun yaitu sumo berbadan besar masing-masing menggendong bayi yang menjadi peserta di festival ini. Tugas dari para pesumo ini ternyata adalah membuat takut dan membuat bayi yang digendongnya menangis ketakutan. Siapa yang berhasil membuat bayi menangis ketakutan dan berteriak ketakutan paling kuat, dialah pemenangnya.
(c)huffingtonpost
Dipercaya anak yang diikutsertakan dan menangis di festival Naki Sumo berarti kondisi kesihatannya baik, dan terhindar dari pengaruh setan-setan jahat. Tradisi yang sudah berumur 400 tahun ini sudah diselenggarakan sejak zaman dulu. Naki Sumo hanya boleh diikuti oleh bayi yang berusia tiga tahun. Para ibu di Jepun membawa bayi mereka ke festival ini untuk mendapatkan berkat dari Yang Maha Kuasa dan melawan roh jahat
Cara yang cukup unik dan menggemaskan untuk meminta kesihatan kepada para dewa di sana. Walau kasihan melihat bayi-bayi lucu yang berteriak ketakutan tapi ternyata hal itulah yang ditunggu orang tua mereka. Unik ya ladies?
(vem/eve)
Sumber: Vemale.com
Subhanallah Jasad Khalil yang shahid 16 tahun dulu masih segar macam baru ditanam
Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :)s photo.

Subhanallah,
Beliau yang syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.
Beliau mati syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.
Subhanallah, berapa orang muslim tengah online sekarang ni ? Jom pakat komen " Subhanallah ".
Agak2 dapat tak 30,000 komen " Subhanallah " ? Inshaa Allah dapat.
Sumber gambar:
Suwar Min Ghazza
Beliau yang syahid di dalam gambar ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman.
Beliau mati syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya dibuka untuk menanam Syahid yang baru di sebelahnya, namun yang mengejutkan ialah selepas ia dibuka, jasadnya masih kekal seakan baru ditanam.
Subhanallah, berapa orang muslim tengah online sekarang ni ? Jom pakat komen " Subhanallah ".
Agak2 dapat tak 30,000 komen " Subhanallah " ? Inshaa Allah dapat.
Sumber gambar:
Suwar Min Ghazza
Hugh Jackman Jalani Rawatan Kanser Kulit

Gambar yang diambil pada minggu lalu jelas kelihatan terdapat kesan luka pada bahagian hidungnya Jack yang mampu meragut nyawanya.
AKTOR kelahiran Australia, Hugh Jackman sedang menjalani rawatan kanser kulit selepas doktor mendapati tanda pada bahagian hidungnya adalah simptom penyakit itu.
BBC melaporkan bintang filem Wolverine itu membuat pengakuan itu pada Khamis di laman sosial Instagram dengan memuat naik gambar wajahnya yang berbalut di bahagian hidung selepas mendapatkan rawatan di hospital.
“Jangan jadi seperti saya. Dapatkan rawatan,” katanya pada keterangan gambar tersebut.
Tambah Jackman, dia telah disahkan menghidap basal cell carcinoma (BCC) yang pada kebiasaannya terjadi apabila seseorang terdedah kepada cahaya matahari.
Situasi tersebut boleh meningkatkan potensi untuk menghidapi kanser kulit sebanyak 75 peratus.
Pernah dicalonkan pada Anugerah Akademi tahun lalu menerusi lakonan cemerlangnya sebagai Jean Valjean dalam filem Les Miserables, Jackman turut memberitahu, isterinya, Deborra Lee Furness yang telah memaksanya membuat pemeriksaan di hospital.
Jackman berkata, dia bernasib baik kerana jika dia tidak mendapatkan rawatan sel tersebut boleh merebak ke bahagian lain dan menyebabkan kematian. – mStar Online
Pesta Dadah Irwansyah Isteri Akhirnya Dibebaskan
JAKARTA – Selepas kira-kira dua hari ditahan, akhirnya pasangan artis iaitu penyanyi Irwansyah dan Zaskia Sungkar (gambar) dibebaskan apabila Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia mendapati kedua-dua mereka tidak mengambil dadah.
Pihak BNN, Sumirat menyatakan pasangan suami-isteri itu secara rasmi dibebaskan pada Selasa di pejabat Cawangan Jakarta Timur, di sini dan kedua-dua pasangan itu dilihat gembira dengan keputusan berkenaan.
“Alhamdulillahlah saya ingin memberitahu yang saya dan suami bebas dadah. Kami tidak mengetahui apa-apa mengenai pesta dadah itu. Apabila tiba di rumah Raffi Ahmad, sudah ada orang BNN,” kata Zaskia kepada inilah.com sejurus dibenarkan keluar selepas pihak penguat kuasa berpuas hati dengan ujian urin yang dilakukan.
Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.
Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.
Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.Setakat ini tujuh orang telah dibebaskan selepas BNN mendapati hasil ujian urin mereka adalah negatif.
Sementara itu kapanlagi.com, melaporkan Irwansyah dan Zaskia mengakui mendapat layanan baik daripada anggota keselamatan yang melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Malah mereka juga sudah mendapat surat pelepasan daripada pihak berkenaan.
“Surat sudah kami terima dari BNN. Alhamdulillah bahawa kami tidak akan didakwa. Kami di situ (BNN) bukan di penjara, makan-makanannya juga enak. Semua petugas BNN di sini baik-baik,” tambah Irwansyah. – MStar
Langganan:
Postingan (Atom)