Tampilkan postingan dengan label kotor. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kotor. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Cucu Mahatma Ghandi kata Politik Malaysia paling kotor di bawah pentadbiran Najib –

(Oleh Masdar Wahid)
PANDAN 13 Jun: Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini.
Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.
“Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) ‘follow’ politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya),” kata Anwar.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat yang turut dihadiri Azizah; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, pimpinan Pakatan Rakyat dan kira-kira 5,000 hadirin pelbagai kaum di Taman Seraya dekat sini malam tadi.
Ketua Pembangkang itu turut menegaskan Raj Mohan akan datang sendiri ke Malaysia pada tahun ini untuk bercakap sendiri mengenainya.
“InsyaAllah akhir tahun ini, dia (Raj Mohan) akan cakap sendiri di Malaysia,” kata Anwar yang turut menunjukkan gambar beliau bersama Azizah dan isteri Raj Mohan, Usha kepada hadirin melalui tayangan skrin.
Anwar berkata, beliau boleh bersahabat dengan Raj Mohan kerana cucu kepada pemimpin India itu memiliki idealisme yang sama dengan beliau iaitu memberi keadilan pada semua rakyat.
Anwar turut memetik ucapan Mahatma Ghandi semasa hayatnya berbunyi: ‘Majoriti India Hindu jangan zalim, jangan hina orang Islam, Kristian dan penganut Buddha India, mereka rakyat kita, rakyat India dan kita mesti bangga menjadi rakyat India’.
Berbeza dengan Malaysia di bawah pentadbiran Najib kata Anwar, Presiden Umno itu hanya membisu dengan isu skandal rasuah pemimpin Umno selain membiarkan orang Melayu menghina bangsa sendiri melalui perlakuan memalukan.
“(Apabila sekumpulan Melayu) tunjuk punggung pada (Datuk S) Ambiga, Najib diam. (samseng Umno) Baling batu dalam ceramah, Najib diam, Menteri terlibat rasuah Lembu, Najib diam. Apa Najib buat? Dia cuma pemangku Menteri Wanita.
Dalam sejarah dunia, inilah kali pertama seorang lelaki jadi Menteri Wanita,” kata Anwar disambut gelak dan tepukan hadirin.
Najib melantik dirinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat baru-baru ini selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dikait dengan skandal rasuah projek lembu keluarganya.
Anwar turut melahirkan keyakinan beliau bahawa sejahat manapun taktik Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk memanipulasi daftar undi, beliau yakin semua itu pasti gagal menghalang kuasa dan perancangan Allah.
“Najib, dengar abang Anwar cakap. Ente boleh tipu, guna warga asing sebagai pengundi, tetapi kena ingat, kuasa rakyat itu dengan izin Allah boleh mengatasi perencanaan jahat Ente,” kata Anwar lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

Malaysiakini 14 Sep 2013
 
Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

NONESurendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno
untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .

Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .
Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.
Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli,  juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang  seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."

NONERafizi (kanan) berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo  atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi , pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.

Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi.
Read More..