Tampilkan postingan dengan label gigi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gigi. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun


Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun
Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun - TOKYO : Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.
Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai ‘yaeba’. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.
Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.
Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut ‘tsuke-yaeba’ dan ditampal pada gigi asal mereka.
Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.
Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka.
Menurut Masuoka, ‘yaeba’ memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. – Agensi
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

Wanita tertelan berus gigi

  14 Jul 2013

Seorang wanita di Israel bernama Kiryat Bialik mengalami kejadian buruk yakni tertelan  berus gigi kerana  dia ingin menggosok bahagian pangkal tenggorokannya.

Kiryat Bialik mungkin tidak menyangka jika usahanya untuk membersihkan bahagian pangkal tenggorokannya dengan menggunakan berus gigi akan berakibat fatal bagi dirinya.

Kiryat Bialik berusaha keras mencapai laringnya (pangkal tenggorokan) untuk sedikit menggosoknya. Namun, usaha kerasnya itu membuat sikat giginya tertelan

Kerana kejadian mengerikan ini Kiryat Bialik kemudian dibawa ke ruangan kecemasan di rumah sakit lokal, namun sayangnya petugas di UGD rumah sakit lokal tidak mampu mengeluarkan berus gigi yang tertelan.

Kiryat Bialik kemudian dirujuk ke rumah sakit yang lebih besar yakni rumah sakit Rambam Hospital di Haifa. Setelah berada di rumah sakit ini berus gigi yang tertelan di tengorokan Kiryat Bialik akhirnya dapat dibuang tanpa harus melakukan pembedahan.

[ sumber ]
Read More..