Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dua. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Dua Kanak Kanak Mati Dalam Mesin Basuh



BEIJING – Dua kanak-kanak perempuan berusia dua dan empat tahun ditemui mati dalam di dalam sebuah mesin basuh yang dipenuhi darah di kediaman mereka di, di sini.

Laporan awal polis mendapati bahawa kedua-dua mereka mati akibat lemas, namun bedah siasat akan diteruskan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian.

Menurut datuk mangsa, mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ayah mereka dalam mesin basuh yang tertutup selepas melihat kelipan lampu pada mesin tersebut.

Saksi yang membantu membawa kanak-kanak tersebut ke hospital berkata, seluruh tubuh mereka bengkak dan mengalami calar-balar.

“Terdapat banyak darah di dalam mesin basuh itu,” ujarnya.

Menurut laporan sebuah portal di China, lima minit sebelum kejadian itu, ibu-bapanya masih mendengar suara kanak-kanak tersebut bermain sebelum menyedari kehilangan mereka.

Bagaimanapun, kes itu turut menimbulkan kecurigaan di kalangan orang ramai dan dibincangkan di laman blog dan sosial.

“Kerusi yang berada di situ sangat tinggi. Bagaimana kanak-kanak sekecil itu boleh memanjatnya? Adakah ia satu pembunuhan dengan niat?” soal seorang pengguna akaun Twitter.

Kes tersebut masih lagi dalam siasatan dan pihak pengeluar mesin basuh tersebut, The Haier Group turut menghantar wakil bagi membantu siasatan berhubung kejadian.


Oleh: ELZA
Read More..

Bapa Maut Cuba Selamatkan Dua Anak

Bapa Maut Cuba Selamatkan Dua Anak | Hasrat seorang bapa untuk menyelamatkan dua anaknya yang tergelincir ke Sungai Ah Tong, Panching, hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri terkorban dalam insiden itu.
Bapa Maut Cuba Selamatkan Dua Anak

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, Ahmad Ramzi Hassan, 40, dari Taman Tas, Kuantan lemas ketika cuba menyelamatkan dua anak perempuannya, Eva Syakila, 11, dan Eka Syakira, 7.

Adik mangsa, Ahmad Borhan Hassan, 35, yang berada di tempat kejadian berkata mereka ke sungai itu sejak pagi kerana abangnya perlu menyelesaikan kerja di situ manakala kedua-dua anak mangsa yang mengikut mereka bermain di kawasan cetek.

"Saya berada di atas bukit, abang telefon beritahu ada banyak ikan dan minta saya bawa joran ke bawah, tiba-tiba saya terdengar jeritan kedua-dua anak saudara saya yang sudah berada di dalam sungai dan hampir lemas.

"Saya dan abang berenang untuk menyelamatkan mereka, saya berjaya membawa mereka berdua ke darat dan sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada Eka Syakira," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.

Bapa Maut Cuba Selamatkan Dua Anak

Bagaimanapun, sebaik membuat CPR, Ahmad Borhan menyedari abangnya tidak naikke darat dan dia cuba mencari abangnya itu di sungai namun gagal sebelum meminta isterinya menghubungi pasukan penyelamat.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

"Pihak bomba dan penyelamat tiba di lokasi tidak lama kemudian dan menjumpai mayat abang tidak jauh dari kawasan itu," katanya.

Ahmad Borhan berkata arwah abangnya sering membawa anak-anaknya ke situ terutama pada waktu cuti sekolah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata mayat mangsa ditemui pada jam 2.50 petang tidak jauh dari tempat dia dilaporkan hilang.

Mayat Ahmad Ramzi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat, katanya. - Bernama
Read More..