Tampilkan postingan dengan label dakwa. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014
MP dakwa pembekal dakwat rapat dengan SPR
|
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mendedahkan nama syarikat yang didakwa sebagai pembekal bagi dakwat kekal untuk kegunaan semasa pilihan raya umum 5 Mei.
Rafizi dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini turut menyebut nama individu yang didakwa sebagai pemilik syarikat terbabit serta nombor kad pengenalan individu berkenaan.
Beliau juga mendakwa, pemilik syarikat tersebut mempunyai syarikat lain yang juga telah mendapat kontrak lain secara rundingan terus dengan kerajaan.
Rafizi mendakwa beliau mengetahui demikian dari "maklumat dalaman oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)".
"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.
"Sebab itu saya faham kenapa Kinabatangan (Bung Mokhtar Radin) tak ada (kontrak). Saya faham kenapa Kinabatangan merungut semalam," kata Rafizi.
Pengarah strategi PKR itu seterusnya berkata, kaedah rundingan terus tanpa kontrak terbuka itu merupakan antara satu perkara yang menyebabkan peningkatan jumlah belanjawan saban tahun.
"Kalau tanpa kontrak yang terbuka dan apabila rundingan dibuat secara terus, tentu kosnya tinggi dan tak tertakluk pada harga pasaran.
“Bukan sahaja kos tinggi tetapi banyak keadaan apabila mutu perkhidmatan dan barangan yang didapat itu tidaklah memuaskan dan merugikan wang rakyat,” katanya.
Beliau seterusnya mengaitkan peruntukan sebanyak RM400 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan kepada SPR untuk menguruskan pilihan raya umum ke-13.
"Contoh paling baik yang tersenarai dalam senarai belanja yang diminta untuk diluluskan kali ini adalah mengenai rundingan terus perbekalan barang-barang pilihan raya termasuk baju, topi dan yang paling hebat sekali dakwat kekal (kepada SPR).
“Sehingga hari ini, kita masih tunggu jawapan SPR siapa sebenar pembekal dakwat kekal. Bukan sahaja mahal tapi tak boleh pakai.
"Oleh SPR dan Menteri tak bersedia terus terangkan maka saya mohon menteri dalam sesi pergulungan mengesahkan maklumat mengenai pembekal dakwat kekal yang telah dimaklumkan dan disiasat," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu jawapan bertulis di Parlimen pada 26 Jun lalu menyatakan bahawa kos untuk penggunaan dakwat kekal itu berjumlah RM6.9 juta.
Malaysiakini akan mendapatkan reaksi syarikat dan individu terbabit sebelum menyiarkan nama tersebut.

Senin, 23 Desember 2013
Dakwa Tanda Putera Tidak Hargai S’bangan Tun Razak

KUALA LUMPUR – Parti DAP mendakwa filem Tanda Putera gagal menghormati dan memuliakan pencapaian sebenar Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Bapa Pembangunan negara.
Ahli Melayu DAP, Zairil Khir Johari mendakwa, filem itu tidak menyentuh tentang sumbangan Tun Abdul Razak dalam menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA)
Dakwa beliau, Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Kedua digelar sebagai Bapa Pembangunan kerana usaha beliau memperjuangkan reformasi tanah besar-besaran pada 1960-an dan awal 1970-an.
“Hasil kepimpinan Tun Abdul Razak, Felda dan UDA dibentuk yang akhirnya membawa kepada pembangunan luar bandar yang pesat dan pembandaran besar-besaran orang Melayu.
“Malangnya, filem Tanda Putera tidak menghargai mana-mana usaha tersebut, sebaliknya penonton cuma mengetahui kalau tidak kerana Tun Abdul Razak syarikat penerbangan Malaysia hari ini akan dikenali sebagai MAL, dan bukan MAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Zairil Khir mendakwa, filem Tanda Putera merupakan penyalahgunaan dana awam untuk tujuan propaganda kerana filem itu dibiayai sepenuhnya oleh geran RM4.8 juta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).
Langganan:
Postingan (Atom)